15 disember 2010
Kenangan Lawatan ke Colmare Tropicale pada 6 - 7 disember 2010
Kami bertolak daripada Bangi sekitar 11.00 pagi lebih sikit dan tiba di sana sekitar 12.30 tengahari. Perjalanan ke Colmare mendaki bukit yang agak tinggi dan nasib baik CITRA kami yang berusia 5 tahun lebih masih gagah.
Cuaca di puncak Colmare taklah sesejuk Cameron, cuma agak kurang panas sikit berbanding di Bangi. Oleh sebab kami check-in hotel hanya pukul 3.00 petang, maka kami buat keputusan ronda-ronda dulu kawasan sekitar. Walaupun tengahari tetapi udara taklah panas sangat.
Kami naik pengangkutan percuma iaitu lori yang diubahsuai menjadi keretapi pelancong. Keretapi lori membawa kami ke laluan naik ke atas iaitu ke Japanese Tea House dan Botanical Garden. Laluan naik memang cukup[ mencabar dan keretapi lori terpaksa menggunakan gear 2 dan gear 1.
Akhirnya kami tiba di puncak dan berjalan kaki ke Taman jepun dan Taman Botani. Seronok juga sekali-sekala berjalan kaki mendaki bukit ke taman jepun bersama anak-anak. Ternyata anak sulung kami yang berusia 11 tahun keletihan. Kesian dia, berbanding anak bungsu kami yang baru berusia 3 tahun pun relaks je. Anak sulung kami sebenarnya masih belum terlepas daripada penyakit asthma yang dideritainya sejak kecil, sebab itu dia agak semput dan keletihan agaknya.
Rumah Teh Jepun sebenarnya hanya sekadar tempat mengambil angin dan bagi mereka yang berminat bergambar dengan Kimono akan dikenakan bayaran RM 20.00. SPA Jepun mengenakan bayaran paling rendah RM 450.00. Terkejut juga kami melihat kadar bayaran yang dikenakan, boleh tahan juga mahalnya.
Kami kemudiannya turun ke bawah untuk meninjau Taman Botani yang dipenuhi pokok-pokok tanaman. Kami tak lama di sini dan turun kembali ke hotel Colmar sekitar 2.30. Nasib kami waktu itu kerana disediakan dengan makanan ringan dan minum petang sebelum check - in ke hotel.
Anak kecil kami mengadu dahaga air, kami menjenguk ke kedai di sana dan terkejut sekali lagi melihat harga satu tin 325ml 100plus berharga RM 6.00. Terus tak jadi beli sebab sakit hati dengan jualan yang melampau mahalnya di tengah hutan.
Bilik hotel kami memang besar dan selesa iaitu family suite. Kami dimaklumkan bahawa khabarnya kos sewaan sehari RM 300.00 lebih. Patutlah bilik kami selesa, dengan 3 penyaman udara, 2 tv dan dapur. Kebetulan nak jadi cerita , pam tandas kami tersumbat, kami terus menghubungi bahagian penyelenggaraan. Lebih kurang 5 minit kemudian pekerja penyelenggaraan terus datang dan menyelesaikan masalah tersebut. Inilah agaknya yang dikatakan kualiti dan nilai bayaran menentukan kualiti perkhidmatan.
Kami sempat menapak ke Menara Tinjau setinggi 4 tingkat di sana, penat juga menapak naik tangga. Akhirnya kami turun menggunakan lif kerana dah letih nak turun tangga sekali lagi.
Setakat ini dulu, banyak kerja lain nak kena buat.
Bye, bye
No comments:
Post a Comment