Bergambar sempena lawatan ke Zoo negera sebelum kembali ke sekolah
Ini anak bongsu kami setakat ini berusia 2 tahun 3 bulan, namanya 'Awaatif sempena nama arab yang bermaksud kelembutan. Tapi setakat ini nampaknya anak kami ini dah terpengaruh dengan stail 3 orang abang-abangnya yang lasak.
Anak-anak secara tak langsung menggambarkan siapa kita sebenarnya, apa yang dilaluinya setiap hari dalam keluarga akan diterjemahkan dalam tingkah-laku dan percakapannya. Inilah cabaran besar ibu-bapa dalam mendidik dan membesarkan anak-anak pada zaman moden ini.
Zaman dah berubah sekarang, keperluan anak-anak dah lain, tak macam zaman kita budak-budak dulu. Anak-anak sekarang suka minta perkara yang canggih seperti Play Station la (sampai sekarang tak beli), Game Boy dan benda-benda yang menyebabkan Lagho (melalaikan). Bukan kita tak nak beli atau kedekut sangat, tapi sekurang-kurangnya biarlah barang yang nak dibelikan untuk mereka bermanfaat, kalaupun tak dapat pahala.
Dalam hidup ini, kita sebetulnya kena fikirkan apa yang kita buat hari ini dengan balasannya di akhirat kelak. Oleh sebab kita ni banyak dosa, maka kena sentiasa cari peluang merebut pahala dengan apa cara sekalipun. Maksud sabda Rasul SAW lebih kurang menyebut, setiap kali kita sedar kita dah buat silap atau dosa, maka cepat-cepatlah berbuat kebaikan kerana pahala kebajikan tersebut akan menghapuskan dosa kita.
Kalau ada peluang solat berjemaah misalnya di surau (bukan di rumah dengan keluarga je), usahakanlah pergi setiap waktu, setiap hari. Kalau ada duit lebih sikit, latihlah diri agar mudah bersedekah walaupun hanya satu ringgit. Ehh, dah azan zohor ni, saya kena berhenti dulu, nak ke surau solat berjemaah. Bukan nak tunjuk baik, tapi marilah kita pakat-pakat usahakan perkara elok macam ini. Kalau umat Islam sedunia menjaga solat 5 waktu berjemaah dengan ikhlas, nanti Israel pasti kecut perut, sebab umat Islam dah kembali mengamalkan sunnah Nabi SAW.